Saturday, December 18, 2010

perlu ker nak kenal??

Aku nak di kenal, aku nak di kenali..


Apa ingat benda mudah kan? Banyak-banyak blog yang aku layari a.k.a aku bacai terlampau hebat lah bg aku. Bukan mudah nak dikenali. Aku masih belajar dari awal sehingga sekarang. Dari satu ke satu blog hinggalah beratus blog aku belajar untuk mengenali dan memahami kenapa ramai orang suka berblog?


Perlu ker seseorang itu mempunyai pc sendiri atau laptop sendiri dan disertakan dengan kamera sendiri sebelum berblog?


Jawapan aku: no maybe but must be. Cuba bayangkan..takkan dekat ofis nak berblog time bos minta buat report a.s.a.p.


Itulah yang terjadi dekat aku. Tidak lagi memenuhi keperluan seorang blogger. Senang saja nak jdkan kenyataan. Cuma sebab aku kurang usaha. Oleh itu, aku tengah berusaha dengan kekerasan yang agak tinggi untuk ke arah itu. Tapi perlu ker?


Bagi aku tak wajib pun. Cuma itulah..ikut perkembangan semasa. Berblog dah menjadi trend. Yang penting jadi diri sendiri dan jangan cari pasal dengan blog orang lain..kan..kan..


Untuk permulaan, sesuai dengan ala kadarnya aku. Aku dengan humblenya merasmikan blog aku. Hahah..agak poyo tapi suka hati lah kan..


Dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim...aku rasmikan kewujudan blog YANG ALA KADAR SAJA.